Selamat Datang Ke Blog Ini ^_^..Melalui Blog Ini Anda Akan Tahu Apakah Kesan-Kesan Pencemaran Yang Akan Berlaku Sekiranya Kita Semua Tidak Menjaga Alam Sekitar^_^

Thursday 19 January 2012

Jenis-jenis Pencemaran


Terdapat pelbagai cara pencemaran ini boleh berlaku . Tetapi ianya terbahagi kepada dua jenis iaitu :
  • Pencemaran yang disebabkan oleh faktor Semulajadi
Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi adalah pencemaran yang berlaku dengan sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan gunung berapi, dilanda ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya .
  • Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia .
Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia adalah pencemaran yang dilakukan oleh manusia samada sengaja atau tidak disengajakan . Antaranya adalah:
a. Pencemaran Udara
Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya .
b . Pencemaran Air
Contohnya, pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia, haba, pembuangan sampah dan sebagainya .
c . Pencemaran Tanah
Contohnya, pemusnahan hutan akibat pembalakan, pembuangan sisa-sisa kimia dan sisa-sisa pepejal .


sumber >> sarjana.tripod.com/cemar1.html

Definisi


Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam - perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap .

sumber >> sarjana.tripod.com/cemar1.html

Pengenalan



Berdasarkan kepada isu yang hendak dibincangkan 'memerlukan penelitian bersama' membawa maksud bahawa , isu pencemaran yang merupakan isu global ini perlu dibincangkan, difikirkan dan ditangani bersama-sama di peringkat antarabangsa . Ini adalah kerana masalah pencemaran yang berlaku di seluruh dunia ini pernah, sedang dan akan dialami oleh semua negara . Jadi langkah-langkah bijak perlu dirancangkan bagi mengatasi masalah ini .
Bagaimanakah cara kita hendak menyelesaikan masalah di atas ? Cara kita menjawab atau menyelesaikannya adalah bergantung kepada persepsi kita sendiri terhadap alam sekitar . Ia juga mendedahkan cara hidup kita; adakah cara hidup kita dapat membantu memulihara alam sekitar atau sebaliknya ?
Unit Pendidikan Persatuan Pencinta Alam atau Malaysia Nature Society (MNS) sering menerima pertanyaan tentang apakah cara-cara memulihara alam sekitar yang sepatutnya dilakukan oleh semua pihak . Tidak kurang juga yang menanyakan adakah usaha seorang individu dapat memulihara alam sedangkan masalah-masalah itu telah menjadi semakin rumit .
Jika kita meniliti punca-punca masalah alam sekitar, kita mendapati bahawa kebanyakannya disebabkan oleh permintaan manusia terhadap hasil keluaran industri . Ini membawa kepada masalah tekanan terhadap keupayaan bumi membekalkan ruang dan sumber untuk permintaan ini .
Tekanan terhadap alam sekitar terdiri daripada dua bentuk .
  • Pertamanya tekanan daripada permintaan terhadap sumber asli seperti bahan api, air dan juga tanah .

  • Keduanya, ialah sisa industri yang mencemarkan udara dan persekitaran .
Ini menyebabkan berlakunya pencemaran serius secara global seperti kesan rumah hijau, permusnahan ozon dan hujan asid .
Bila kita fikirkan mengenai pencemaran secara global ini, rasanya terlalu sukar untuk seseorang individu itu memperbaiki keadaan . Kita mungkin tertanya-tanya, apakah tindakan seorang individu itu berupaya untuk memberikan apa-apa kesan ? Namun begitu, kita harus sedar bahawa pencemaran yang serius beginilah sebenarnya berpunca daripada tindakan individu juga . Oleh yang demikian, tindakan individu jugalah yang dapat membantu menyelamatkan bumi kita ini .


sumber >> sarjana.tripod.com/cemar1.html

Monday 16 January 2012

Kesimpulannya...

Selagi minda masyarakat tidak berubah, selagi itu masalah seperti pemanasan global , pencemaran sungai , perbalakan dan sebagainya tidak akan dapat diatasi. Oleh itu , kesedaran masyarakat untuk mengurangkan berlakunya masalah yang akan mengancam nyawa dan kehidupan kita adalah amat penting. Menghargai , memulihara dan memelihara alam sekitar merupakan tanggungjawab kita. Kita semua hidup dalam satu bumi dan langgit yang sama , kita hendaklah sama berusaha untuk membina satu bumi dan kehidupan yang lebih berkualiti , bersih , segar dan cantik dengan bermula menghargai dan memulihara alam sekitar.


sumber >> http://bmpengurusanuum2010.blogspot.com/2010/08/kesimpulan.html 

KESAN-KESAN PENCEMARAN ALAM: :: Pencemaran Alam Sekitar ::

KESAN-KESAN PENCEMARAN ALAM: :: Pencemaran Alam Sekitar ::

1.2.6 Kejadian Hujan Asid

Seterusnya, pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya Hujan asid yang disebabkan oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan11. Ianya berlaku apabila gas-gas sulfur oksida (SO2) dan oksida-oksida nitrogen (NOx) dilepaskan ke udara dan bertindakbalas dengan wap air yang terdapat di atmosfera dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini terkumpul di dalam awan dan awan pula bergerak ke tempat- tempat lain dan membawa asid-asid tersebut. Asid itu akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Ianya membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap kedalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur. 




1.2.5 Kesan Terhadap Lapisan Ozon

Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari9. Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini. 



sumber >> http://sukageografi.blogspot.com

1.2.4 Kesan Terhadap Bahan

Bahan-bahan cemar di udara juga mengotorkan permukaan bahan terutamanya kepada bangunan, pakaian, dan juga benda-benda lain8. Pengotoran berlaku akibat dari pengendapan asap atau zarah halus yang begaris pusat kira- kira 0.3 mikrometer. Selepas beberapa lama, pengendapan ini dapat dilihat dan dipanggil kekotoran, kelunturan, atau kehitaman permukaan.

1.2.3 Kesan Terhadap Haiwan

Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh. Sebagai contoh, di Poza Rica, Mexico, sekumpulan burung kenari, ayam, itik, lembu, khinzir angsa dan anjing telah mati akibat terdedah kepada sulfur dioksida (SO2) yang dilepaskan ke udara oleh sebuah loji penapisan pada tahun 19506. Kematian haiwan itu disebabkan oleh penghadaman makanan haiwan yang tercemar setelah terdedah kepada bahan–bahan toksid yang terdapat di dalam udara. Contoh lain adalah keracunan yang disebabkan oleh plumbum (Pb) yang telah membawa maut kepada lembu dan kuda yang berlaku di Jerman.7 Haiwan-haiwan ini yang meragut kawasan rumput sekitar 5 kilometer dari sebuah kawasan kilang plumbum dan zink telah mengalami keracunan akibat daripada habuk plumbum yang dilepaskan oleh kilang tersebut.



sumber >> http://bmpk12.blogspot.com

1.2.2 Kesan Terhadap Tumbuh-tumbuhan

Pencemaran udara juga memberi kesan yang sangat buruk terhadap tumbuh-tumbuhan di dunia ini. Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan5. Alfalfa, barli, kapas, gandum dan epal adalah antara tumbuhan yang mudah mengalami kerosakan dengan bahan cemar sulfur dioksida. Selain itu, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk dibumi juga terganggu.



sumber >> http://skbsktn.blogspot.com

1.2 Kesan-Kesan Pencemaran Udara > 1.2.1. Kesan Tehadap Kesihatan Manusia

Pencemaran udara telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia pada masa kini. Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran udara ialah terhadap sistem pernafasan. Udara dan bahan cemar yang terperangkap didalamnya akan memasuki hidung atau mulut manusia dan memasuki paru-paru melalui trakea. Karbon monoksida (CO) adalah antara gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dengan begitu berkesan sekali. Selain itu, bahan cemar Nitrogen Oksida (NO2) boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari, bahan cemar gas ozon (O3) boleh menimbulkan kerengsaan4. Habuk,asap, kabus, wap atau bahan- bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata
manusia. 




sumber >> http://kesan2pencemaranalam.blogspot.com

1.1 Pengenalan - 1.0 PENCEMARAN UDARA

Kepada Pencemaran Udara
Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan1 yang menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Pencemaran udara disebabkan oleh pelepasan asap melalui ekzos kenderaan, kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang atau kayu yang tidak terkawal2.
Pencemaran udara boleh dikelaskan kepada dua bahagian iaitu primer dan sekunder. Pencemaran udara primer bermula apabila penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada pembakaran yang tidak lengkap. Proses ini akan menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai di udara dan memberikan kesan sampingan kepada kesihatan manusia. Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang atau kayu yang tidak terkawal3. Pencemaran udara sekunder pula adalah hasil daripada tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dengan wap-wap air di udara. 







Sumber >> http://kesan2pencemaranalam.blogspot.com


INTRO: Kesan-Kesan Pencemaran Alam

“Kita tidak mewarisi bumi kita ini daripada nenek moyang kita,tetapi sebaliknya kita hanya mampu meminjamnya daripada anak cucu kita”. Begitulah sebahagian daripada kata-kata Chief Seattle sebagai salah satu rujukan yang digunakan oleh penceramah dan aktiviti alam sekitar di seluruh dunia tentang pentingnya menjaga alam sekitar yang menjadi tanggungjawab setiap manusia,masyarakat atau penduduk yang tinggal bumi ini.
Apa yang dikatakan sebagai pencemaran ini merupakan satu topik yang hangat dan tidak di ambil tindakan secara serius dari dahulu lagi. Buktinya, terdapat pelbagai kesan negatif yang terjadi kepada alam sekitar yang dahulunya bersih daripada segala pencemaran atau sesuatu yang mengganggu ekosistem manusia dan hidupan yang lain. Pencemaran bermaksud sesuatu perubahan secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, kimia, biologi atau
radioaktif
mana-mana
bahagian
alam
sekeliling
dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan bahan-bahan buangan hingga menjejaskan apa-apa kegunaan yang berfaedah, yang menyebabkan suatu keadaan yang berbahaya kepada kesihatan, keselamatan, atau kebajikan awam atau kepada binatang,hidupan-hidupan liar,akuatik atau tumbuh-tumbuhan
Masalah pencemaran seperti pencemaran air,tanah,udara sentiasa menghantui pemikiran manusia tetapi segelintirnya hanya memejam sebelah mata sahaja. Manusia sebagai khalifah di bumi ini seharusnya mengambil berat terhadap masalah ini dan bukannya menambahkan lagi beban hidup masyarakat yang akan datang. Seperti yang kita ketahui,pencemaran boleh diklasifikasikan kepada empat jenis yang utama iaitu:-
1.Pencemaran Udara
2. Pencemaran Air
3. Pencemaran Tanah
4. Pencemaran Bunyi
.