Selamat Datang Ke Blog Ini ^_^..Melalui Blog Ini Anda Akan Tahu Apakah Kesan-Kesan Pencemaran Yang Akan Berlaku Sekiranya Kita Semua Tidak Menjaga Alam Sekitar^_^

Thursday 19 January 2012

Jenis-jenis Pencemaran


Terdapat pelbagai cara pencemaran ini boleh berlaku . Tetapi ianya terbahagi kepada dua jenis iaitu :
  • Pencemaran yang disebabkan oleh faktor Semulajadi
Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi adalah pencemaran yang berlaku dengan sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan gunung berapi, dilanda ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya .
  • Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia .
Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia adalah pencemaran yang dilakukan oleh manusia samada sengaja atau tidak disengajakan . Antaranya adalah:
a. Pencemaran Udara
Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya .
b . Pencemaran Air
Contohnya, pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia, haba, pembuangan sampah dan sebagainya .
c . Pencemaran Tanah
Contohnya, pemusnahan hutan akibat pembalakan, pembuangan sisa-sisa kimia dan sisa-sisa pepejal .


sumber >> sarjana.tripod.com/cemar1.html

Definisi


Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam - perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap .

sumber >> sarjana.tripod.com/cemar1.html

Pengenalan



Berdasarkan kepada isu yang hendak dibincangkan 'memerlukan penelitian bersama' membawa maksud bahawa , isu pencemaran yang merupakan isu global ini perlu dibincangkan, difikirkan dan ditangani bersama-sama di peringkat antarabangsa . Ini adalah kerana masalah pencemaran yang berlaku di seluruh dunia ini pernah, sedang dan akan dialami oleh semua negara . Jadi langkah-langkah bijak perlu dirancangkan bagi mengatasi masalah ini .
Bagaimanakah cara kita hendak menyelesaikan masalah di atas ? Cara kita menjawab atau menyelesaikannya adalah bergantung kepada persepsi kita sendiri terhadap alam sekitar . Ia juga mendedahkan cara hidup kita; adakah cara hidup kita dapat membantu memulihara alam sekitar atau sebaliknya ?
Unit Pendidikan Persatuan Pencinta Alam atau Malaysia Nature Society (MNS) sering menerima pertanyaan tentang apakah cara-cara memulihara alam sekitar yang sepatutnya dilakukan oleh semua pihak . Tidak kurang juga yang menanyakan adakah usaha seorang individu dapat memulihara alam sedangkan masalah-masalah itu telah menjadi semakin rumit .
Jika kita meniliti punca-punca masalah alam sekitar, kita mendapati bahawa kebanyakannya disebabkan oleh permintaan manusia terhadap hasil keluaran industri . Ini membawa kepada masalah tekanan terhadap keupayaan bumi membekalkan ruang dan sumber untuk permintaan ini .
Tekanan terhadap alam sekitar terdiri daripada dua bentuk .
  • Pertamanya tekanan daripada permintaan terhadap sumber asli seperti bahan api, air dan juga tanah .

  • Keduanya, ialah sisa industri yang mencemarkan udara dan persekitaran .
Ini menyebabkan berlakunya pencemaran serius secara global seperti kesan rumah hijau, permusnahan ozon dan hujan asid .
Bila kita fikirkan mengenai pencemaran secara global ini, rasanya terlalu sukar untuk seseorang individu itu memperbaiki keadaan . Kita mungkin tertanya-tanya, apakah tindakan seorang individu itu berupaya untuk memberikan apa-apa kesan ? Namun begitu, kita harus sedar bahawa pencemaran yang serius beginilah sebenarnya berpunca daripada tindakan individu juga . Oleh yang demikian, tindakan individu jugalah yang dapat membantu menyelamatkan bumi kita ini .


sumber >> sarjana.tripod.com/cemar1.html

Monday 16 January 2012

Kesimpulannya...

Selagi minda masyarakat tidak berubah, selagi itu masalah seperti pemanasan global , pencemaran sungai , perbalakan dan sebagainya tidak akan dapat diatasi. Oleh itu , kesedaran masyarakat untuk mengurangkan berlakunya masalah yang akan mengancam nyawa dan kehidupan kita adalah amat penting. Menghargai , memulihara dan memelihara alam sekitar merupakan tanggungjawab kita. Kita semua hidup dalam satu bumi dan langgit yang sama , kita hendaklah sama berusaha untuk membina satu bumi dan kehidupan yang lebih berkualiti , bersih , segar dan cantik dengan bermula menghargai dan memulihara alam sekitar.


sumber >> http://bmpengurusanuum2010.blogspot.com/2010/08/kesimpulan.html 

KESAN-KESAN PENCEMARAN ALAM: :: Pencemaran Alam Sekitar ::

KESAN-KESAN PENCEMARAN ALAM: :: Pencemaran Alam Sekitar ::

1.2.6 Kejadian Hujan Asid

Seterusnya, pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya Hujan asid yang disebabkan oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan11. Ianya berlaku apabila gas-gas sulfur oksida (SO2) dan oksida-oksida nitrogen (NOx) dilepaskan ke udara dan bertindakbalas dengan wap air yang terdapat di atmosfera dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini terkumpul di dalam awan dan awan pula bergerak ke tempat- tempat lain dan membawa asid-asid tersebut. Asid itu akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Ianya membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap kedalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur. 




1.2.5 Kesan Terhadap Lapisan Ozon

Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari9. Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini. 



sumber >> http://sukageografi.blogspot.com